Showing posts with label petua orang melayu. Show all posts
Showing posts with label petua orang melayu. Show all posts
Sunday, September 10, 2017
Petua Apabila Terkena Air Panas
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.
Petua Demam Panas
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Petua Rawatan Anak Demam Panas
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Petua Memerahkan Bibir
- Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
- Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Petua Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid
Cara untuk mengatasinya ialah :-
- Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
- Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Petua Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-
- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
- Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
- Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
- Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Petua Menyembuhkan Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Petua Menghilangkan Bisa-bisa Tulang
- Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
- Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
- Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
Petua Menghindarkan Sakit Jantung
Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.
Petua Memulihkan Sakit Jantung
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.an kesihatan badan.
Petua Menghindari Segala Penyakit
1. Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Atau,
2. Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Atau,
2. Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Petua Menjaga Gigi Sentiasa Kuat Dan Sihat.
1. Amalkan menggigit pinang muda setiap pagi. Caranya, ambil isi pinang muda dan gigit di serata gigi. Sebiji pinang boleh digunapakai beberapa kali.
Atau,
2. Amalkan mengigit tuala semasa buang air besar. Ambil tuala kecil, gulung dan gigit semasa membuang air besar.
Atau,
2. Amalkan mengigit tuala semasa buang air besar. Ambil tuala kecil, gulung dan gigit semasa membuang air besar.
Petua Menghilangkan Sakit Gigi
Tumbuk halus 2 butir bunga cengkih. Letakkan di dalam lubang gigi yang sakit. Kemudian cubit sedikit bawang putih dan sumbatkan ke dalam lubang gigi tadi. Biarkan selama 1-2 jam. InsyaAllah hilang sakit gigi.
Petua Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua
Petua Mengurangkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.
Petua Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Petua Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Petua Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Subscribe to:
Comments (Atom)