Sunday, August 31, 2014

BIAR KU SENTUH HATI MU

Biar ku sentuh hati mu yang bergetar.
Semoga semoga tenang semula di dasarnya.
Kehijauan di mata mu, panahan arjuna,
Menikam hati ku yang keresahan.
Biar ku sentuh hati mu dengan cinta.
Semoga kau merasai kelazatan.
Di timpa kasih dan sayang di basahi perasaan.
Tiada kata tiada coretan mampu menceritakannya.
Biar ku sentuh hati mu, biar ku capai cinta mu.
Biar masa bercerita di layar langit yang indah.
Biar ku sentuh hati mu, biar ku capai cinta mu.
Biar masa bercerita betapa aku cinta pada mu.



Saturday, August 9, 2014

My New Song - JOM NIKAH

Aku kerja cari makan... Dari pagi hingga petang... Dapat gaji hujung bulan habis bayar hutang... Mahu kahwin duit tak ada... Wang hantaran melambung tinggi... Baik bujang sampai tua,, happy senang hati... Sayang sabar-sabar dulu... Duit aku belum cukup... Emak kamu letak harga macam jual tanah... Baik kita kahwin lari... Boleh nikah bersembunyi... Dari terlibat maksiat,, jom nikah..

Friday, August 8, 2014

New Song For Gaza-Palestine - GAZA BERDARAH

Full version of new song "GAZA BERDARAH". Viral this message. Share this with friends and friends of friends if you sincerely support & pray for people and soil of Gaza-Palestine. Unless you are one of the Israeli terrorist who support the killing of the People of Palestine, don't share this message. May Allah bless Palestine with victory and Israel must pay the destruction with high price.

Thursday, August 7, 2014

Airmata Seorang Mahathir & Aku Berani Gagal

Di dalam pertemuan pada 11 Jun 2014, selepas Tun M menurunkan tandatangan di atas gitar kesayangan saya, beliau meminta saya menyanyikan lagu yang saya cipta khas untuk beliau iaitu 'Airmata Seorang Mahathir'. Saya terperanjat kerana tujuan saya membawa gitar tersebut adalah semata-mata untuk mendapatkan tandatangan autograf beliau. Sebenarnya saya tidak membuat apa-apa persediaan untuk itu tetapi saya nyanyikan juga lagu itu. Jelas beliau sebak mendengar saya mendendangkan lagu Airmata Seorang Mahathir. Selepas habis lagu itu, beliau meminta saya menyanyi lagi dan saya menyanyikan pula lagu 'Aku Berani Gagal'. Beliau bertepuk tangan dan meminta saya menyanyi lagi.... Lebih 1 jam saya duduk berbual dan menyanyi bersama Tun M. Sesungguhnya itulah pengalaman terhebat saya sebagai seorang pemuzik, pencipta lagu dan penyanyi.


Nazz Abdul Aziz Bertemu Tun Dr. Mahathir

11 Jun 2014 adalah tarikh keramat buat saya apabila YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) bersetuju untuk bertemu dengan saya atas kapasiti saya sebagai seorang pemuzik dan pencipta lagu. Debaran di dada saya memang tidak terkawal apabila jam 4 petang nama saya dipanggil untuk memasuki pejabat Tun M di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya. Saya bersama 3 orang rakan iaitu Ayie, Shark & Razufy melangkah masuk ke pejabat Tun M sambil diiringi oleh pegawai protokol dan anggota polis. Razufy yang membawa gitar kesayangan saya menggelabah sehingga gitar itu terhantuk pada pintu masuk. Bunyi dentuman itu membuatkan saya bertambah gemuruh. Melangkah masuk ke dalam pejabat, saya memberi salam kepada Tun M.

"Waalaikum salam Datuk Seri". Tun M menjawab salam saya.

Saya panik apabila Tun memanggil saya dengan gelaran 'Datuk Seri'. Saya katakan kepada beliau bahawa saya adalah orang kampung,, orang kebanyakan. Kata beliau, nama saya sama dengan nama Menteri Pelancongan Malaysia, sebab itu dia panggil saya Datuk Seri. Kami pun ketawa dan sememangnya itu adalah pendekatan Tun M untuk memulakan suasana pertemuan yang ceria. Terasa bangga juga bila Tun M memanggil saya dengan gelaran Datuk Seri... hehe :)








Thursday, July 3, 2014

Lagu Dukungan Untuk Jokowi & Jusuf Kalla

Jokowi Jokowi memang berwibawa. Insinyur Indonesia dihormati dunia. Membina masyarakat di kota di desa. Jokowi Jokowi majukanlah negri. Jokowi Jokowi hapuskan korupsi. Impian kami semua warga Indonesia. Mendukung Pancasila menitip sejarah. Makmur Indonesia maju rakyat semua. Ayuh semua warga Indonesia bantu Jokowi Presisen kita. Juga Jusuf Kalla bersama-sama berusaha. Bukan sensasi bukan kontroversi tapi solusi masalah Negeri. Bangkit Indonesia bangkit bersama Jokowi. Ya Allah bantulah rakyat Indonesia. Makmurkan Negeri ini makmurkan rakyatnya. Sang Saka Merah Putih tinggikan darjatnya. Keadilan bagi rakyat Indonesia.

Artis - Nazz Abdul Aziz
Komposer - Nazz Abdul Aziz
Lirik - Nazz Abdul Aziz
Dapatkan versi asli melalui email nazz.onebuiltwell@gmail.com

Saturday, May 17, 2014

AKU BUKAN LELAKI YANG KAU CINTAI - Nazz Abdul Aziz

Lagu Baru 2014 - Aku Bukan Lelaki Yang Kau Cintai
Mahligai indah yang kita bina bersama...
Ibarat istana pasir terhempas ditelan ombak... Binasalah...
Detik detik bersama yang kita lalui...
Kini hanya tinggal kenangan...
Tak mungkin aku lupakan... selamanya...
Aku bukan lelaki yang kau cintai...
Aku hanya pohon rendang tempat kau singgah sementara
melepaskan penat lelah...
Pergilah engkau pergi,, jangan menoleh lagi...
Pintu hati ku sudah tertutup sama sekali...
Aku bukan untuk mu dan kau bukan milik ku...
Sememang aku bukan lelaki yang kau cintai...

Lagu & lirik ciptaan - Nazz Abdul Aziz
Nyanyian semula - Gaban (Bukan Aku)
Susunan muzik - Bakri Ma'embong & Wandy Flop Poppy

Monday, May 12, 2014

Lagu Baru 2014 - KISAH SEORANG PENGHIBUR

Sendiri ku memujuk hati ini, melupakan semua yang berlaku... Sejarah hitam mengganggu lena ku dikala bertandangnya malam... Haruskah ku tangisi takdir ini,, sedangkan semua sudah tertulis... Diri ku yang seadanya di sini sebagai penghibur mu... Di konti yang damai ku ketuk satu-satu pintu hati pendengar ku... Dan ada ceria di wajah pendengar semua... Di dasar hati ku terpancar cahaya gemilang semua pendengar yang setia... Biarlah ku teruskan hidup ini menuju ke destinasi yang pasti... Secebis kisah seorang penghibur terpahat di hati mu...


Tuesday, April 22, 2014

Lagu Baru 2014 - CINTA TIDAK SEMESTINYA BERSATU (Nazz Abdul Aziz)

Mahu ku lukis potret mu di paparan langit biar dunia cemburu melihat... Tapi ku lukis potret mu di dalam hati ku biar hanya aku yang tahu... Setiap ada hujan pasti ku teringat saat indah berdua... Aku ini masih seperti yang dulu lagi,, masih sendiri... Masih ku ingat lagi kata-kata mu... Oh masih berpegang pada janji-janji mu... Kau akan kembali merawati hati ku yang cedera parah lagi luka berdarah... Kata-kata mu masih belum berkota dan janji-janji mu bagai pelangi senja... Kau lupa pada ku lupa asal usul mu... Di puncak dunia kau lena di sana... Ingatlah kekasih ku jangan sekali-kali kau lupa... Aku masih lagi menanti mu seandainya engkau ingin kembali... Aku tetap terima apa juga takdir di hadapan kerana ku tahu ini resam cinta tidak semestinya bersatu... Masih terlukis potret mu di dalam hati ku... Biar hanya aku yang tahu...