Wednesday, March 13, 2019
Melayu... Bangsa yang tidak wujud? Ustaz Don Danial
Melayu... Bangsa yang tidak wujud? Ustaz Don Danial.... Ikuti video ini sampai habis untuk mengelak salah faham.
ADAKAH ANDA SEORANG KAYA YANG TERPAKSA JADI MISKIN ATAU SEORANG MISKIN YANG TERPAKSA JADI KAYA.
ADAKAH ANDA SEORANG KAYA YANG TERPAKSA JADI MISKIN ATAU SEORANG MISKIN YANG TERPAKSA JADI KAYA.
Ahli masyarakat terbahagi kepada beberapa golongan iaitu golongan miskin, pertengahan dan kaya. Jika dilihat di antara kedua-dua kumpulan ini, perbezaan yang paling ketara adalah berapa jumlah wang dan harta yang mereka ada.
Sebenarnya, perbezaan sebenar di antara orang kaya dan orang miskin bukan terletak kepada pendapatan bulanan mereka. Membandingkan jumlah duit di dalam akaun bank seseorang adalah persepsi yang salah tetapi sering dijaja ke sana sini.
Realitinya jumlah wang yang dimiliki seseorang adalah hasil daripada mindset dan tindakan seseorang. Disitulah terletaknya perbezaan sebenar!
Selain daripada golongan miskin dan kaya, juga terdapat golongan pertengahan atau middle class. Apakah pula bezanya? Kenapa pula sesetengah orang berjaya keluar daripada kemiskinan tetapi sangkut pula di tengah-tengah? Kenapa mereka tidak meneruskan perjalanan untuk menjadi kaya?
8 perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin
1. Matlamat dan Gaya Hidup.
-Miskin: Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi
-Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya.
-Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi.
2. Perbelanjaan dan Hutang.
-Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang.
-Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai.
-Kaya : Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang.
3. Pemikiran dan Perbualan.
-Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain.
-Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik.
-Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru.
4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset.
-Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko.
-Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik.
5. Duit dan Peluang.
-Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi.
-Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit.
6. Sikap dan Motivasi.
-Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga.
-Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang.
7. Kekayaan dan Halangan.
-Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh.
-Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?
8. Masa Lapang dan Perlaksanaan.
-Miskin & Pertengahan: Tengok televisyen, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan.
-Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain.

Saturday, March 9, 2019
Hakim jatuhkan hukuman potong zakar kerana merogol
Hukuman potong zakar kerana merogol. Hukuman ini dijalankan di dalam mahkamah selepas Hakim menjatuhkan hukuman.
Baca berkaitan - LELAKI BERKAHWIN 40 ORANG ISTERI
Baca berkaitan - LELAKI BERKAHWIN 40 ORANG ISTERI
Friday, March 8, 2019
Kisah lelaki dengan 40 orang isteri
Joseph Smith merupakan pengasas gerakan Mormonisme dan Latter Day Saint (LDS). Dia telah menerbitkan Kitab Mormon ketika berusia 24 tahun. Sepanjang hidupnya, dia telah berkahwin dengan seramai 40 orang wanita dan beberapa di antaranya adalah isteri kepada lelaki lain.
Isteri pertamanya iaitu Emma Smith bagaimanapun tidak dapat bersetuju dengan cara berpoligami suaminya. Pada awalnya, dia hanya menerima apabila suaminya berkahwin dengan empat lagi wanita lain dan tinggal di rumah yang sama. Tidak lama selepas itu dia telah menghalau semua isteri-isteri Joseph daripada rumah mereka.
Joseph Smith telah ditembak mati semasa berada di penjara atas tuduhan melakukan pengkhianatan pada tahun 1844. Selepas kematiannya, banyak akhbar menggambarkan Joseph sebagai seorang fanatik agama. Namun, pengikutnya beranggapan Joseph mati sebagai syahid.
Baca lagi : Kisah hidup lelaki dengan 39 orang isteri.
Kisah hidup lelaki dengan 39 orang isteri, 94 orang anak
Lelaki ini merupakan ketua keluarga kepada lebih daripada 100 orang dan mereka semua tinggal bersama. Ziona Chana mempunyai 39 orang isteri dan 94 orang anak. Dia juga mempunyai 14 orang menantu wanita dan 33 orang cucu.
Hampir kesemua mereka tinggal di sebuah rumah besar empat tingkat dengan 100 buah bilik di kawasan berbukit di Kampung Baktwang, Mizoram, India.
Keluarga besar itu diurus dengan disiplin seperti tentera. Isteri Chana yang paling tua iaitu Zathiangi akan membuat jadual siapa yang akan melakukan tugasan di rumah seperti memasak, mencuci dan pelbagai lagi.
Ziona Chana akan menempatkan isterinya yang lebih muda di dalam bilik yang hampir dengan bilik tidurnya, manakala isteri yang lebih tua ditempatkan dalam bilik yang lebih jauh. Isteri-isterinya juga mempunyai jadual untuk mengunjungi bilik tidur Chana.
Tuesday, March 5, 2019
Hari ini UMNO dan PAS bergabung secara rasmi
Selepas lebih dua setengah jam bermusyawarah, PAS dan Umno hari ini bersetuju bahawa kedua-dua parti rasmi 'bersanding' di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Hal itu dinyatakan pemangku presiden Umno, Mohamad Hasan, yang mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bersama mereka ialah pemimpin kanan kedua-dua parti.
Ditanya mengenai keakraban kedua-dua parti, secara berkias Mohamad berkata, ia bukannya bermula selepas PRK Semenyih berakhir sebaliknya lebih lama sebelum itu.
Katanya, proses menghantar cincin - seperti merisik - berlaku di Sungai Kandis.
"Bertunang di Seri Setia.
"Sekarang ni kita dah kenduri kahwin dah ni, dah rasmi dah. Sebab tu kita buat macam ni, (secara) rasminya... merasmikan jawatankuasa induk.
"Kita ni dah bersanding dah ni..." katanya merujuk kepada dua PRK terdahulu yang diadakan di Selangor.
Menjelaskan hasil mesyuarat hari ini secara lebih serius, Mohamad berkata Umno bersikap terbuka kepada apa saja yang dianggap baik untuk Melayu dan Islam.
Tak ada simbol baru
Melalui perbincangan hari ini katanya kedua-dua parti bercadang untuk menjemput pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh untuk membincangkan agenda penyatuan ummah.
Mohamah yang juga timbalan presiden Umno juga memberitahu kedua-dua parti bersetuju membentuk jawatankuasa khas bagi membincangkan butiran kerjasama ke arah penyatuan ummah dan rakyat.
Menurut Mohamad, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti, dengan Umno melantik Khaled Nordin sebagai wakil manakala Idris Ahmad mewakili PAS.
Bagaimanapun kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, langkah tersebut bukanlah bermaksud PAS dan Umno akan digabungkan.
"Ini bukan penyatuan parti. Ia suatu kerjasama di antara Umno dan PAS, dan rakan parti komponen masing masing atas isu yang ada asas untuk setiap parti.
"Tidak akan ada simbol baru," katanya.
Turut hadir, ketiga-tiga naib presiden Umno iaitu Ismail Sabri Yaakob, Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid, setiausaha agung Annuar Musa dan ketua wanita Noraini Ahmad.
Sementara itu selain Tuan Ibrahim, delegasi PAS disertai Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed, Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, Idris dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Zuhdi Marzuki.
Tidak ketinggalan, anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga ketua pemuda parti berkenaan.
Menurut Mohamad gerakan penyatuan ummah itu dijalankan tanpa mengetepikan aspek kepelbagaian bangsa dan agama yang ada di negara ini.
Katanya Umno dan PAS juga bersetuju untuk meneruskan gerak kerja bersama bagi setiap PRK yang akan datang melalui rangka kerja tertentu.
Buat masa terdekat ini, kata Mohamad, ia akan dilaksanakan bagi menghadapi PRK Rantau di Negeri Sembilan.
Mohamad menambah kerjasama mereka tidak akan meminggirkan rakan parti masing-masing.
"Kita tidak akan meminggirkan sesiapa kerana apa yang ingin kita capai ialah keamanan dan kedamaian seperti kita pernah nikmati sebelum ini.
"Dan kita akan berjumpa satu setengah bulan dari sekarang supaya jawatankuasa teknikal itu membentangkan rancangan masing-masing," katanya.
UMNO DAN PAS Sokong Tun Mahathir jika berlaku penyingkiran Perdana Menteri
Selepas PAS, kini giliran Umno pula menjanjikan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad jika perdana menteri itu berdepan dengan cubaan untuk menyingkirkannya.
Memberi alasan langkah itu diambil demi kepentingan rakyat, pemangku presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak ada sebab mengapa parti terbabit tidak boleh menghulurkan sokongan kepada Mahathir.
“Kalau diperlukan dan demi kebaikan, kenapa tidak?" katanya.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menambah walaupun kedudukan Umno sekarang ialah pembangkang, tidak bermakna parti itu akan sentiasa menolak segala tindakan kerajaan.
"Kita (Umno) akan sokong apa saja polisi awam ataupun dasar-dasar yang diluluskan untuk kebaikan masyarakat dan tanah air,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penubuhan jawatankuasa khas antara PAS dan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Isu sokongan kepada Mahathir timbul selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan dua pemimpin kanan parti itu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada 15 Feb lalu.
Menurut PAS mereka akan mempertahankan Mahathir daripada cubaan mengetepikannya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Walaupun tidak merujuk sebarang nama secara khusus PAS mendakwa gerakaan itu didalangi pemimpin tertentu dalam PKR dan DAP.
PKR, DAP dan Amanah kemudian menegaskan tiada sebarang cubaan atau cadangan untuk mereka melakukan gerakan menyingkirkan Mahathir.
Mahathir juga menjelaskan, sokongan PAS sepatutnya diberikan ke atas kerajaan PH, dan bukannya bersifat peribadi untuk beliau semata-mata.
Monday, March 4, 2019
Anwar called upon to immediately replace Dr Mahathir as PM
GEORGE TOWN: A Pakatan Harapan (PH) lawmaker has called for Datuk Seri Anwar Ibrahim to immediately replace Tun Dr Mahathir Mohamad as Prime Minister.
Batu Uban assemblyman Kumaresan Aramugam said that the move would allow PH to regain the people’s trust, which he claimed is eroding, following the party’s dismal performance in the last two by-elections.
“Anwar should be made Prime Minister as agreed upon to chart the coalition’s future.
Read more
Lirik lagu Zamani - Aduh lagu terbaru 2019
VERSE 1
Hanya Tuhan saja tahu perasaan ini
Namun kamu saja tahu mengapa begini
Masih jelas gambaran terakhir mu di minda
Melengkapi kisah kita yang takkan sempurna
PRE
Mengapa aku
Mengapa kita
CHORUS
Aduh aduh aduh aduh aduh
Ku hanya mahu mencintai sepenuh hati ku
Aduh aduh aduh aduh aduh
Oh.. Mengapa aku?
Aduh aduh aduh
VERSE 2
Lama ku tunggu hanya ‘tuk berdiri semula
Bagai menunggu bulan untuk jatuh ke riba
Dan tak pernah hari ku berlalu tanpa doa
Mengharapkan engkau terus dalam bahagia
BRIDGE
Akhirnya kini aku mengerti
Apa yang telah kita miliki
Takkan kekal selamanya
Pastikan kembali

Subscribe to:
Comments (Atom)