Tuesday, July 30, 2013
KARYA LAGU-LAGU BARU 2013
Karya lagu-lagu baru ciptaan saya kini boleh diikuti melalui last.fm menerusi sebuah album yang diberi judul "Made In MALAYSIA". Antara lagu-lagu yang boleh dimuat-turun secara percuma ialah, DOA BUAT ISTERI ; CINTA GADIS SARAWAK dan BEGINI TAKDIR KITA - Kepada rakan-rakan yang sudi membantu mempromosikan lagu-lagu saya, sila kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain melalui media-media sosial, email mahupun SMS... Kepada yang serius mahu membuat promosi sebagai karier atau profesion,, sila berhubung dengan saya melalui email "mohdnazri.abdulaziz@gmail.com".
Thursday, July 18, 2013
Lagu Hari Raya Baru 2013 - KEMAAFAN AIDIL FITRI
Salam sejahtera buat sidang peminat & penyokong perjuangan saya di dalam bidang muzik bawah tanah. Lagu KEMAAFAN AIDILFITRI ini telah saya cipta kira-kira 2 tahun yang lalu dan saya buat semua rakaman untuk persembahan kali ini. Lirik lagu ini adalah cetusan dari seorang teman saya iaitu Harley dari KL. Semoga terhibur dan selamat meneruskan puasa sehingga puas lagi berpuashati. Nantikan lagu Raya saya yang terbaru beberapa hari lagi insyaAllah.
Tuesday, July 2, 2013
Lagu Baru Ciptaan Saya Yang Ke-145 - RABIATUL ADAWIYAH
Lagu baru ini adalah hasil ciptaan saya yang ke-145 dan diberi judul RABIATUL ADAWIYAH iaitu seorang ahli sufi dari golongan Muslimah yang mahsyur sepanjang zaman... Semoga terhibur dan bermanfaat....
(Lirik penuh lagu Rabiatul Adawiyah)
Rabiah,, ingin ku dengarkan betapa merdunya suara mu…
Rabiah,, ingin ku dengarkan betapa merdunya suara mu…
Ingin ku lena di dalam asyik keindahan lagu…
Lagu yang kau nyanyikan di dalam airmata rindu kepada Tuhan….
Rabiah,, betapa harumnya nama mu meniti batas waktu…
Di pondok usang kau mengasingkan diri dan mengabdi…
Hanya kepada Tuhan yang Pengasih dan Penyayang kau menyerah diri…
Rabiatul Adawiyah,, cahaya menyerlah indah,, di wajah dan di hati mu yang tulus murni…
Rabiatul Adawiyah,, berhias dengan zikrullah,, setiap kerdipan mata dan turun naik nafas mu… Rabiah….
Rabiah,, betapa cekalnya hati mu meniti hidup ini…
Mengharung kepahitan dan dugaan yang menimpa mu…
Namun tetap kau di dalam iman juga ketaatan kepada Tuhan….
If You Miss Me,, Listen to this ^_^
When I need you,, I just close my eyes & I'm with you... And all that I so want to give you,, it's only a heart beat away..... ^_^ Rod Stewart
Angah & Taha TARANTULA - Terima kasih kerana sudi ziarah saya.
Saya ingin merakamkan rasa berbesar hati kepada Angah dan drummer Tarantula (Taha) dan isteri yang sudi berkunjung ke "gua" saya yang agak berselerak macam sarang tarantula... Sempat gak buat rakaman lagu baru.... Semoga tidak serik dan sudi datang lagi nanti... ^_^ Layan single terbaru Tarantula berjudul MASTURA & semoga sukses...
Monday, July 1, 2013
SEPASANG KURUNG BIRU (Buat Mu) - Lagu Raya Terbaru 2013
SEPASANG KURUNG BIRU (Buat Mu) ,, lagu Raya terbaru ciptaan saya ini adalah sebuah lanjutan dari lagu lama ciptaan Khairil Johari Johar... Sengaja saya buat release awal kerana bulan Ramadhan ni saya sibuk dengan beberapa projek baru... Buat rakan2 semua,, saya ucapkan selamat berpuasa... Khusus buat rakan2 di Facebook, maaf kerana saya terpaksa menutup sementara semua akaun FB atas beberapa faktor yang tidak dapat saya dielakkan... Kepada yang bertanya kenapa saya tidak buka ruang komen dan rating di Youtube,, dukacita dimaklumkan bahawa ia adalah sebahagian dari rancangan,, kerana saya tidak menyangka bahawa banyak monyet2 yang kini sudah pandai buka akaun Youtube... Bila monyet2 ini memberi komen,, pasti agak sukar untuk saya membalas komen2 tersebut kerana saya tidak faham bahasa monyet.
Monday, June 17, 2013
Lagu Baru Sempena Ramadhan 2013 - HADIR RAMADHAN
Ramadhan,, sekian lama aku menanti mu.... kau hadir lagi dengan kasih sayang.... berderai airmata ku gembira.... Ramadhan,, aku musafir di dunia ini... Mencari jalan pulang kepadaNYA.... Semoga ku bertemu kali ini.... Berlapar dan berdahagalah aku.... memimpin hawa dan nafsu.... agar tunduk mematuhi.... Perintah Tuhan yang maha Kuasa.... Redha dan diredhaiNYA... Berbahgia aman sentosa.... Ramadhan aku bersujud di hening malam mu... Lailatul Qadar yang sudi bertamu... membawa harapan tinggi menggunung.... Ramadhan,, peperangan ini akan ku tempuh... menang atau syahid yang ku impikan.... sempurnalah fitrah ku manusia..... Ramadhan..... https://www.youtube.com/watch?v=yzbeK4hTOEU
Tuesday, June 11, 2013
KOS@PERBELANJAAN PEMBIKINAN SEBUAH LAGU
Ramai yang tidak tahu kos@perbelanjaan sebenar membuat lagu... Percaya atau tidak, kos semasa bagi menghasilkan sebuah lagu adalah dalam lingkungan antara RM8,000/= hingga RM9,000/= bagi gubahan muzik yang dimainkan secara langsung oleh pemuzik session.... Ertinya jika anda mempunyai melodi lagu dan lirik sendiri dan mahu membina lagu anda dengan 'full band" atau 'orchestra'... Maka anda mesti menyediakan sekurang-kurangnya RM10,000/= termasuk membayar penyanyi untuk menyanyikan lagu anda tadi... (Sila rujuk sebutharga oleh composer S. Atan melalui link ini -- http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4350&c=1&s=1&whichpage=6&pagesize=5 ) Ini baru sebuah lagu,,, saya ulang,, KOS PERBELANJAAN UNTUK SEBUAH LAGU!!!)..... Ertinya, untuk pembikinan sebuah mini album dengan senarai 5 buah lagu,, kos perbelanjaan boleh mencecah hingga ke RM50,000/= (bergantung kepada penjimatan yang boleh dilakukan oleh pengurusan).... Secara peribadi, berapa ramai orang yang mahu menjadi composer dan penulis lirik yang mampu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak ini?? Melainkan anda memiliki studio sendiri, mempunyai alatan muzik sendiri serta boleh bermain kebanyakan alat muzik utama tersebut dan boleh menjadi 'sound engineer', maka kos dan masa pembikinan dapat dijimatkan... Jika ada pun masalah adalah dari sudut kualiti rakaman samada menepati piawaian antarabangsa atau tidak (Isu kualiti akan dibahaskan di dalam pos lain akan datang).... Inilah 3 parameter yang saling berhubungkait di dalam konteks pembinaan sesebuah lagu iaitu KUALITI, KOS dan MASA.... Untuk menjadi ahli Music Authors' Copyright Protection (MACP),, seorang pencipta lagu atau penulis lirik perlu ada 5 karya lagu yang sudah mendapat kelulusan dari Radio Television Malaysia (RTM)... Untuk menyediakan 5 buah karya lagu pula,, kos sehingga RM50,000/= diperlukan sehingga akhirnya ramai yang kecewa dan melupakan terus cita-cita untuk menjadi pencipta lagu atau penulis lirik lagu...... Inilah sebenarnya kesengsaraan & dilema diri saya yang bercita-cita mahu menjadi seorang pencipta lagu.... Saya tidak ada wang sebanyak itu untuk dilaburkan bagi menghasilkan 5 buah lagu yang belum tentu mendapat kelulusan pihak RTM.... Maka pada tahun 2009, saya nekad belajar sendiri ilmu muzik dan kaedah rakaman yang berkesan lagi murah.... Berbekal sedikit bakat semulajadi, saya akhirnya boleh menguasai beberapa alat muzik seperti drum, gitar bass, gitar rhythm/lead dan keyboard... Saya juga belajar teknik rakaman dari seorang rakan yang berpengkalan Luxembourg (Big Mama) dengan menggunakan peralatan MRS-8 tracks dan software komputer.... Dari tahun 2009 hingga catatan ini ditulis,, saya sudah menghasilkan sebanyak 143 buah lagu siap rakam termasuk sebuah lagu yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records,, sebagai sebuah lagu single paling panjang pernah dirakam di Malaysia iaitu lagu UMAT TERBAIK sepanjang 78 minit 30 saat -- http://www.youtube.com/watch?v=ZFblyVcQUmU Kebanyakan lagu saya adalah berkonsepkan 'simple design' dari pelbagai genre meliputi Blues, Country (Country Folk), Ballad, Rock, Heavy Rock, Punk Rock, Reggae, Hip hop, Euro Proggressive, Experimental dan lain-lain.... Namun saya masih gagal menghasilkan karya lagu Jazz kerana ianya memang sukar... Alhamdulillah saya sudah diterima sebagai ahli MACP yang melindungi kesemua karya lagu yang telah dan bakal saya hasilkan.... Permohonan saya menjadi ahli Recording Performer Malaysia masih di dalam pertimbangan & insyaAllah berjaya.... Antara kelebihan yang ada pada saya ialah,, saya memahami muzik dari asas muzik itu sendiri walaupun saya tidak pernah mempelajari muzik secara formal.... Selain dari itu, saya boleh memainkan kebanyakan alat muzik utama dan boleh menyanyikan lagu ciptaan saya sendiri walaupun suara saya ni tak berapa nak sedap.... Saya juga boleh merakam dan membuat final mastering.... Maka pembaca sekelian jangan hairan jika saya mendakwa bahawa saya boleh menyiapkan sebuah lagu dari "TIADA" kepada "ADA" hanya dalam masa kurang dari 6 jam..... Kepada rakan2 yang bercita-cita mahu menjadi pencipta lagu atau penulis lirik yang berdaftar dengan MACP,,, sila hubungi saya untuk menyiapkan "minus one" lagu peribadi anda (Kalau nak saya nyanyikan pun boleh gak).... Bayarlah berapa yang anda termampu serta berlaku adil kepada saya.... Kepada yang mahu membuat SINGLE atau MINI ALBUM atau FULL ALBUM,,, saya ada banyak stock lagu baru untuk anda.... Hubungi saya melalui email "mohdnazri.abdulaziz@gmail.com"..... Kepada yang mahu membantu mempromosikan karya lagu saya,, walau syariatnya saya tidak mengenali anda,, ketahuilah sesungguhnya anda adalah saudara saya dunia akhirat.... Pada hakikatnya,, kos & perbelanjaan sebenar membuat lagu ialah MASA & USIA.... Karya lagu yang saya hasilkan bukanlah nilainya wang,,, tapi nilai sebenarnya ialah "BUDI & IHSAN".... Sekian catatan buat kali ini ---- Nazz Abdul Aziz --- Subcribe channel Youtube saya untuk update lagu2 terbaru --- http://www.youtube.com/user/NAZZonemanband
Monday, June 10, 2013
Lagu Baru 2013 - TIADA JODOH KITA
Di hati mu, di hati ku berbunga-bunga cinta.... Di mata mu, di mata ku bersinar-sinar indah... Secerah mentari menyinari pagi ini.... Mengapakah cinta kita terhalang di hujungnya.... Kesimpulan kisah ini tiada jodoh kita... Jagalah sempadan perhubungan seterusnya.... Berhujankan airmata terpadamlah api cinta... Tidak mungkin kan bersatu tanpa restu ayah ibu... Aku hina di jalanan kau mulia di kayangan... Penghinaan ku terima dari keluarga mu.... Cukuplah..... Hadiah yang kau berikan sebagai tanda cinta.... Kian pudar kian usang dan dimamah usia.... Cukuplah bagi ku melihat kau bahagia.... *** Lagu ini adalah karya saya yang ke-143 dan boleh diikuti melalui link berikut ---> http://www.youtube.com/watch?v=Iaym0nm3x8Q Lirik lagu adalah cetusan Razufy dan diberi judul TIADA JODOH KITA.... Semoga terhibur.
Sunday, June 9, 2013
Album - DOA BUAT ROHINGYA
Saya telah melahirkan sebuah album berjudul DOA BUAT ROHINGYA. Selain bermatlamat komersial, album ini lahir untuk mengutip serba sedikit sumbangan untuk meringankan beban umat Islam Rohingya yang menderita di Myanmar (Burma). Album ini memuatkan 13 buah lagu pelbagai spesies dijual dengan harga RM19.90 di mana RM4.00 akan disumbangkan kepada tabung berkenaan. Antara lagu yang dimuatkan termasuklah lagu DOA BUAT ROHINGYA, MUHAMMAD KEKASIH ALLAH, PANTUN TUA, TERIMA KASIH CIKGU, AKU KEMBALI, BEGINI TAKDIR KITA, SELAMAT PENGANTIN BARU, SAYANG DENGARLAH, PEMBURUAN SI LARA, AKU BERANI GAGAL, FATIMAH MENJELMA, TAUKE ANGGUR dan LABBAIKALLAH. ~ Sesiapa yang ingin memiliki CD album ini bolehlah menghubungi En. Razufy 019-3383908 untuk tempahan. Sesiapa yang mahu menjadi agen jualan juga sangat dialu-alukan.
Link lagu BEGINI TAKDIR KITA (Edisi Youtube) ~ https://www.youtube.com/watch?v=sEawPrwLpKk
Link lagu BEGINI TAKDIR KITA (Edisi Youtube) ~ https://www.youtube.com/watch?v=sEawPrwLpKk
Saturday, June 8, 2013
Music Authors' Copyright Protection (MACP) Berhad
Subscribe to:
Comments (Atom)



